◉ HEADLINES

Lelaki ditahan selepas isteri ditemui mati dengan kesan cedera di kepala

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kematian isterinya yang ditemui dengan kesan kecederaan di kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kematian wanita berusia 61 tahun itu diketahui selepas pihaknya menerima laporan kematian mangsa pada jam 10.43 malam Selasa lalu.

Menurutnya, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.50 malam hari yang sama di Hospital Kulim.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dimasukkan ke Hospital Kulim pada jam 9 malam Isnin lalu selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Ladang BMR Batu Putih Karangan di Kulim,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

“Susulan itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Azizul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun,” katanya.

Tambahnya, suspek direman enam hari sehingga 15 April ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu. – 12 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related