◉ HEADLINES

Kes tembak di KLIA: Polis Perlis tingkat kawalan di sempadan

Polis Perlis melakukan koordinasi dengan Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tujuan kawalan dan pemantauan

5:34 PM MYT

 

KANGAR – Polis Perlis meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di lorong-lorong tikus untuk memastikan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi tidak meloloskan diri dari negara ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pihaknya melakukan koordinasi dengan Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

“Kita buat pemantauan di jalan-jalan masuk dan di garisan sempadan terutama lorong tikus…juga elemen lain untuk bantu Bukit Aman mengesan suspek,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata polis telah melancarkan operasi mengesan suspek selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya. – 14 April, 2024

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata polis telah melancarkan operasi mengesan suspek selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya. – 14 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related