◉ HEADLINES

Loki dan Luna hilang, pemilik dakwa pusat jagaan kucing cuai

Rata-rata netizen simpati serta berharap Loki dan Luna segera ditemui dalam keadaan baik serta selamat

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kebiasaannya, pemilik kucing menghantar haiwan peliharaan mereka itu ke pusat jagaan ketika percutian atau mempunyai urusan di luar kawasan, termasuk semasa pulang ke kampung meraikan lebaran bagi memastikan ia kekal terjaga dengan baik.

Namun, lain pula cerita dikongsikan pemilik dua ekor kucing bernama Loki dan Luna, iaitu Yusra Adiela M Noor yang mendakwa pekerja di sebuah pusat jagaan itu atau sering disebut ‘hotel haiwan peliharaan’ (pet hotel) di Alor Setar, Kedah cuai sehingga menyebabkan ia hilang.

Menerusi perkongsian di Facebook Dunia Kucing Malaysia, Yusra berkata, pihak pengurusan pet hotel berkenaan memaklumkan kedua-dua kucingnya itu keluar dari tingkap di aras dua bangunan.

Katanya, dia terkejut serta kecewa dengan dakwaan itu memandangkan sepanjang di bawah jagaannya, Loki dan Luna agak pasif, jadi tidak mungkin haiwan berkenaan akan melakukan tindakan terbabit.

“Saya mommy (pemilik) Loki dan Luna. Dapat call pagi tadi (Sabtu) dari pet hotel kata depa (kucing) keluar ikut tingkap (di) tingkat 2.

“Saya jaga dari baby dua bulan, sekarang masing-masing dah empat tahun. Depa penakut, walhal bunyi motor pun meluru masuk.

“Rumah kami landed dan tingkap rendah pun depa tak pernah nak keluar,” katanya.

Susulan kejadian itu, Yusra berkata, dia akan membuat laporan polis untuk mendapatkan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pet hotel berkenaan.

Malah, dia percaya pet hotel tersebut cuai dalam menjaga kucing kesayangannya itu.

“Report polis akan dibuat untuk access (akses) CCTV. Kami dah minta bantuan kawan-kawan terdekat untuk bantu cari.

“Saya percaya ini kes cuai,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen simpati serta berharap Loki dan Luna segera ditemui dalam keadaan baik serta selamat.

“Ini kes kedua saya baca kucing terlepas dari boarding (pet hotel) masa raya. Sedih betul bila kita bayar dan percaya tempat boarding tapi end up (akhirnya) macam ini. Owner (pemilik) nak raya pun tak tenang la macam ni, moga cepat-cepat jumpa,” kata Nurul Haslen.

“Ya Allah, moga bertemu balik kucing-kucing ni, kesian duduk luar lama-lama atau pun diambil orang yang tak care (peduli) sangat jagaan kucing-kucing ni,” tulis Rose Iezma.

“Macam ni dah tak selamat nak letak kucing di hotel, aku balik kampung upah orang jaga makan, minum, buang najisnya. Biar kucing duduk rumah asal selamat…” ujar Risma Ita. – 15 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related