◉ HEADLINES

KPKM tidak lindungi pihak terlibat kartel padi, beras: Mat Sabu

KPKM sentiasa bersedia menyalurkan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya benar wujud kartel padi serta beras

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan tidak akan melindungi jika ada mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti kartel padi dan beras di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini berikutan pertanyaan oleh sesetengah pihak mengenai isu tersebut baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata KPKM sentiasa bersedia menyalurkan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya benar wujud kartel padi serta beras dan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh MyCC.

“Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

“Soalan ni saya dah jawab beberapa kali sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang. Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada semua,” katanya. – 15 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related