◉ HEADLINES

Bayi 6 bulan dibunuh, bapa kandung direman seminggu

Lelaki itu ditahan sepasukan polis di pekarangan forensik Hospital Kajang pada jam 11.30 malam kelmarin

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa kandung kepada seorang bayi berusia enam bulan yang ditemukan meninggal dunia dipercayai didera di kediamannya di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang dalam kejadian kelmarin, ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan.

Timbalan Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) jam 11.30 malam pada 15 April lalu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Kajang.

Menurutnya, penahanan suspek dibuat susulan maklumat diterima pihak polis dan hasil ujian air kencing mendapati, dia positif dadah jenis syabu.

“Permohonan reman dibuat ke atas suspek di Mahkamah Majisret Bandar Baru Bangi, dengan dia dibenarkan ditahan reman tujuh hari hingga 22 April ini untuk siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum mati,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal ke atas bayi itu mendapati, tiada kecederaan di badan mangsa.

Katanya, jasad mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Nasir memaklumkan, hasil bedah siasat mengesahkan, kecederaan bayi itu bukan disebabkan kemalangan, tetapi berpunca daripada perbuatan jenayah ke atas mangsa.

“Kecederaan di kepala, dari luaran tak nampak dan nampak bila sudah post mortem (bedah siasat).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Asistan Superintendan, S Vekram Sinnaiah menerusi talian 019-4737108 bagi membantu siasatan,” katanya. – 17 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related