◉ HEADLINES

Mayat dengan tangan kanan, kepala terputus ditemui dalam mesin pembancuh simen

Tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan ditemui pada tubuh mangsa yang boleh menyebabkan kematiannya

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu mayat dengan tangan kanan dan kepala terputus ditemui terapung dalam mesin pembancuh simen di sebuah kilang dekat Seksyen 35, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.44 pagi tadi.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan ditemui pada tubuh mangsa.

“Mangsa dipercayai terjatuh sendiri ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh simen.

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan bedah siasat atau ‘post mortem’ pada jam 9 pagi tadi bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya. – 17 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related