◉ HEADLINES

Gunung berapi Ruang meletus: Batik Air turut batal penerbangan KLIA-Sabah-Sarawak

Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas Malaysia Airlines dan AirAsia, terkini Batik Air pula mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan melibatkan laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Sabah-Sarawak hari ini.

Dalam kenyataannya, ia sebagai langkah keselamatan susulan letusan gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia.

Penerbangan yang terjejas adalah:
OD1022 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu)
OD1003 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
OD1006 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu)
OD1007 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
OD1632 (Kuala Lumpur-Kuching)
OD1633 (Kuching-Kuala Lumpur)
OD1636 (Kuala Lumpur-Kuching)
OD1637 (Kuching-Kuala Lumpur)
OD1900 (Kuala Lumpur-Tawau)
OD1901 (Tawau-Kuala Lumpur)
OD1906 (Kuala Lumpur-Sibu)
OD1907 (Sibu-Kuala Lumpur)

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan.

“Batik Air akan memantau keadaan semasa dan menyampaikan sebarang maklumat terkini mengenai jadual penerbangan kepada penumpang,” katanya.

Menurut Batik Air, kemas kini jadual penerbangan boleh diakses di laman web serta media sosial syarikat penerbangan itu.

“Sementara itu, kami sedang giat berusaha untuk membantu penumpang yang terjejas dengan mengatur penerbangan alternatif. Kami menghargai pemahaman dan kerjasama semua pihak,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Airlines dan AirAsia bertindak membatalkan beberapa penerbangan melibatkan KLIA-Sabah-Sarawak susulan letusan gunung berapi tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan ancaman tsunami selepas gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus dan menghamburkan abu setinggi lebih satu kilometer ke udara, malam kelmarin.

Menurut Agensi Vulkanologi Indonesia, gunung berapi Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat  letusan lain semalam. – 18 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related