◉ HEADLINES

Tun Hanif Omar selamat dikebumi di Bukit Kiara, sebelah pusara anak

Bekas Ketua Polis Negara itu terdahulu dibawa ke Masjid Negara untuk dimandi, dikafan, disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan pada jam 3.17 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini.

Allahyarham disemadikan bersebelahan pusara anaknya, Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Negara tengah hari tadi, selepas tiba dari kediamannya di Shah Alam pada jam 11.05 pagi.

Mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham ke tanah perkuburan adalah anaknya, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar, ahli keluarga dan saudara-mara serta Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan bekas Menteri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Mohammed Hanif, 85, adalah Ketua Polis Negara Ke-4 yang juga paling lama memegang jawatan berkenaan, iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Jenazah Tun Hanif selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, bersebelahan dengan pusara anaknya, Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013. – Alif Omar/Scoop, 20 April, 2024

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada jam 2.15 pagi tadi.

Sepanjang kerjayanya, Allahyarham sangat berjasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara, dengan banyak terlibat dalam peristiwa penting, termasuk menjadi Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.

Selain itu, Allahyarham bersama-sama dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman di Persidangan Manila berhubung dengan penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963.

Malah, Allahyarham antara wakil Kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai dimeterai Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 di Hatyai, Thailand. – 20 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related