◉ HEADLINES

Polis rakam keterangan ibu bapa budak 2 tahun lemas dalam tasik

Kejadian berlaku ketika keluarga kanak-kanak terbabit berada di dalam masjid untuk menunaikan solat Zuhur

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemui lemas dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Ya, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan diambil keterangan.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa di Hospital Changkat Melintang, Bota, Perak mendapati punca kematian ialah lemas,” katanya.

Semalam, media melaporkan, kejadian tersebut berlaku ketika keluarga kanak-kanak terbabit berada di dalam masjid untuk menunaikan solat Zuhur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 tengah hari dan jentera tiba di lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut berada bersebelahan dengan tasik berkenaan.

“Mangsa ditemui pada jam 4.25 petang kira-kira tiga meter dari tebing tasik berkenaan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – 21 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related