◉ HEADLINES

Suspek kes tembak KLIA tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk proses sambung reman

Hafizul tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.35 pagi dengan memakai baju lokap dan dikawal ketat oleh polis

9:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, Hafizul Harawi tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan untuk permohonan sambung reman.

Hafizul, 38, tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.35 pagi dengan memakai baju lokap dan dikawal ketat oleh polis.

Difahamkan, proses sambung reman Hafizul dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, media melaporkan Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini.

Perintah tahanan suspek dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang 16 April lalu.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 22 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related