◉ HEADLINES

Suspek kes ragut di Klang ditahan polis di Langkawi

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah dan tiga rekod jenayah lampau

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR- Suspek kes ragut di Klang, Selangor pada 15 April lalu, yang mengakibatkan seorang wanita cedera, ditahan di Langkawi, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan di depan Medan Selera Penarak oleh sepasukan polis dari Unit Polis Pelancongan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.
 
“Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan denda atau sebat.
 
“Reman telah dipohon di Mahkamah Majistret Klang hari ini dan diluluskan selama empat hari sehingga 25 April ini,“ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah dan tiga rekod jenayah lampau.

Katanya, pihak polis turut merampas beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.
 
“Pegawai penyiasat sedang mengambil tindakan untuk melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 15 April lalu sekitar jam 8.50 pagi, mangsa iaitu seorang wanita berusia 20 tahun cedera ketika motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan selepas diragut di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Zarina, Klang, Selangor, minggu lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

Ketika berada di lokasi kejadian, tiba-tiba seorang lelaki yang juga menunggang motosikal datang dari arah belakang mendekati dan menarik beg silang pada badan mangsa. – 22 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related