◉ HEADLINES

Azri Iskandar sahkan Datuk Noora Kay kekasihnya dan bakal berkahwin

Kata Azri Iskandar, Ellie Suriaty merestui hubungannya dengan Datuk Noora Kay, selepas tidak bersetuju dengan beberapa wanita lain sebelum ini

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon, Azri Iskandar mengakui sudah setahun berkenalan serta menjalin hubungan cinta dengan usahawan wanita yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay, 48.

Bercakap kepada Scoop, Azri yang juga bekas suami kepada pengarah serta pelakon, Ellie Suriaty Omar berkata, dia mengenali wanita yang memiliki perniagaan dalam bidang pembinaan dan restoran itu melalui penerbit, Datuk Ayu Puteh.

“Datuk Ayu Puteh yang kenalkan pada saya. Jadi, kami pun berkenalan. Dalam pada berkenalan itu, timbul pula rasa suka. Sebab, dia seorang ibu tunggal yang baik hati dan penyayang.

“Anak-anak pun bagi restu. Sebab, dia pandai ambil hati anak-anak saya. Bekas isteri saya, Ellie Suriaty pun bagi restu. Sebelum ini, dia tidak begitu merestui perkenalan saya dengan beberapa wanita lain.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, kami akan mengakhiri hubungan ini ke jinjang pelamin. Tapi bukan dalam tempoh masa terdekat ini. Sebab kami pun belum bincang lebih lanjut lagi mengenai hal ini,” katanya.

Menurut Azri, hubungannya bersama Noora Kay pernah terputus seketika disebabkan hal yang tidak dapat dinyatakan.

“Tapi, saya sendiri tidak sangka ia akan bertaut kembali. Tapi saya bersyukur kerana kami dapat sambung semula hubungan kami.

“Saya pun dah kenal dengan anaknya dan anaknya juga baik dengan saya,” katanya yang mula menjalinkan semula hubungan dengan Noora Kay pada tahun ini.

Pernah beberapa kali putus cinta dengan wanita lain selepas bercerai dengan Ellie Suriaty, Azri berkata, dia benar-benar berharap kali ini, dia akan dapat mengakhiri zaman dudanya dengan usahawan wanita tersebut.

“Saya memang berdoa agar ada jodoh kami berdua dan saya juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga semula,” katanya.

Hubungan Azri bersama Noora Kay mula meraih perhatian selepas Ellie Suriaty memuat naik gambar mereka sedang menikmati makan malam bersama di sebuah hotel terkemuka di ibu kota melalui IG Story miliknya.

Ellie Suriaty (dua dari kanan), Noora Kay (dua dari kiri) dan Azri Iskandar (tiga dari kiri) ketika makan malam bersama ahli keluarga di sebuah hotel di ibu kota – Gambar Ellie Suriaty Omar, 25 April, 2024

Hantaran itu menjadi tular selepas Ellie Suriaty tanpa berselindung memperkenal Noora Kay sebagai kekasih Azri serta turut memuji kecantikan luar dalam yang dimilikinya.

“Saya pun tidak sangka perkara ini akan menjadi tular,” kata pelakon filem Sheriff ini.

Sebelum ini, Azri dilapor menjalinkan hubungan dengan Azra Diera dari Perlis dan mengakui sudah bertunang dengan wanita itu pada Jun tahun lalu.

Azri yang mendirikan rumah tangga dengan Ellie Suriaty pada 2003 dan kemudian bercerai pada 17 Mei 2022 dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.

Menerusi perkahwinan sebelum ini dengan Roziana Salim, Azri dikurniakan tiga cahaya mata, dua perempuan dan satu lelaki. – 25 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related