◉ HEADLINES

Siasatan SPRM: Asyik sebut ‘anak MB Perlis’ seolah-olah cuba rendahkan integriti PAS

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli adalah Pesuruhjaya PAS Perlis

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS mempersoalkan kenapa ‘anak MB Perlis’ yang ditonjolkan dalam siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tanpa menyebut nama lain.

Sambil meluahkan rasa kesal, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia seolah-olah cuba merendahkan integriti parti berkenaan.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli adalah Pesuruhjaya PAS Perlis.

“Kenapa anak Menteri Besar ditonjolkan, kenapa tak sebut nama (anak lelaki MB) sebagai contoh.

“Ini tonjolkan MB, ini nak ganggu integriti PAS. Tapi kita bersikap profesional malah MB sendiri sudah jelaskan pejabatnya dibuka 25 jam untuk siasatan,’’ katanya pada majlis Hari Raya PAS di Perlis.

Minggu lepas, SPRM menahan reman anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Bagaimanapun anak Menteri Besar itu dibebaskan semalam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Baharu, Tuan Ibrahim menyokong langkah MCA memboikot pilihan raya tersebut dengan menyifatkan ia sebagai perbuatan bermaruah.

“Saya fikir sesiapa pun, kalau dia hentam dan maki MCA, lepas tu minta tolong MCA, sesiapa pun akan mengambil sikap yang sama (memboikot).

“Dah cerca habis-habisan, lepas tu minta tolong. Sekurang-kurangnya MCA ada maruah,’’ katanya.

MCA berkeras untuk tidak membantu DAP dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu. – 27 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related