◉ HEADLINES

Agihan duit raya di rumah terbuka Kuala Kubu Baharu dibatal atas nasihat: MB Selangor

Amirudin berkata, kerajaan negeri tidak mahu perkara itu disalaherti

10:59 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Kerajaan Selangor membatalkan rancangan awal untuk memberikan duit raya semasa program Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri di sini selepas dinasihatkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut aturcara program itu, beliau sepatutnya memberikan kira-kira 750 peket duit raya.

“Ia diputuskan selepas kami diberi nasihat mengenainya. Kami tidak mahu tindakan itu disalaherti.

“Oleh itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga…ia menunjukkan kami mengambil kira semua pandangan,” katanya kepada wartawan di acara berkenaan malam tadi.

Pada masa sama, Amirudin berkata, rumah terbuka diadakan di Kuala Kubu Baharu itu dianjurkan mengikut sistem giliran di setiap daerah.

“Penganjuran acara di Kuala Kubu Baharu ini bertepatan, Raja Muda Selangor (Tengku Amir Shah) juga bersetuju untuk mengadakannya di sini. Sambutan baik.

“Tahun Baru Cina yang lalu diadakan di Sepang, mungkin kami (kerajaan negeri) akan melakukan pusingan untuk Hari Kebangsaan demi lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, program berkenaan tidak mengandungi unsur kempen dan dianjurkan kerajaan negeri sepenuhnya.

Malah, beliau berkata, pihak kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran semua termasuk pembangkang.

Selain dari persembahan bunga api, acara itu dimeriahkan dengan nyanyian artis tempatan seperti Ella, Sarah Suhairi, Naim Daniel dan Aiman Tino yang menghiburkan tetamu.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempertikaikan penganjuran acara itu di Kuala Kubu Bahru, memandangkan ia dianjurkan dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Bersih berkata, penganjuran acara itu boleh melanggar Seksyen 8 dan 10 di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – 28 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related