◉ HEADLINES

PRK KKB: Kami bukan MCA, PAS nafi boikot kempen calon PN

PAS Selangor diarahkan untuk berada di Kuala Kubu Baharu sepenuhnya dan tidak dibenarkan pergi ke program di Perlis

1:37 PM MYT

 

HULU SELANGOR – PAS menafikan wujud unsur ‘boikot’ terhadap calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, kepimpinan PAS Pusat telah mengarahkan jentera PAS Selangor untuk turun berkempen bersama-sama dengan calon PN, Khairul Azhari Saut.

“Isu dimainkan pihak lawan seolah-olah PAS boikot untuk menunjukkan ketidakseimbangan dalam PN, sedangkan konflik itu berlaku dalam PH-BN apabila komponen parti dalam kerajaan Madani (MCA) tidak turun berkempen bagi pihak mereka.

“Kita berbeza dengan MCA sebab jentera PAS solid (kukuh) turun ke PRK Kuala Kubu Baharu,” katanya pada sidang media di bilik gerakan utama (BGU) PN, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai ketidakhadiran pemimpin utama PAS dalam siri kempen PRK KKB.

Terdahulu, bercakap kepada Scoop, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan ketiadaan pemimpin PAS adalah kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat yang diadakan di Perlis.

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar menegaskan, jentera PAS kukuh turun ke PRK Kuala Kubu Baharu untuk memberikan sokongan kepada calon PN. – Gambar Scoop, 29 April, 2024

Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata, dakwaan bahawa PAS bertindak memboikot kempen calon PN adalah tidak benar kerana akan ada pemimpin utama parti itu turun berkempen dalam masa terdekat.

“PAS Pusat memutuskan agar PAS Selangor untuk berada di sini sepenuhnya dan tidak dibenarkan pergi ke program di Perlis melainkan semua berada di sini.

“Ada… kita boleh lihat sewaktu pengumuman calon Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turun berceramah, jadi tidak timbul soal boikot,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PN juga dalam perbincangan untuk membuat satu petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai salah guna kuasa dan penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pilihan raya.

Beliau berkata, ia dilihat melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ia berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM5.21 juta oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan penganjuran Rumah Terbuka Kita Selangor di KKB semasa kempen PRK berlangsung.

“Petisyen ini sedang dibincangkan oleh pegawai undang-undang kami dan itu mungkin akan jadi satu perkara yang akan dipertimbangkan oleh parti,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related