◉ HEADLINES

Kecam SJK: Lebih baik Ahmad Fadhli tanya pemimpin PN hantar anak ke sekolah antarabangsa

Belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan bukan seperti menyertai pertubuhan haram kerana ia diiktiraf oleh Perlembagaan dan mengambil peperiksaan kebangsaan: Nik Nazmi Nik Ahmad

8:39 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak merupakan hak ibu bapa.

Malah, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), termasuk di Kelantan.

Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.

“Adakah Ahmad Fadhli percaya pelajar lepasan SJK tidak boleh menjadi wakil rakyat? Belajar di SJK bukanlah seperti menyertai pertubuhan haram kerana SJK diiktiraf oleh Perlembagaan dan mengambil peperiksaan kebangsaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, berbanding mengecam SJK, adalah lebih baik Ahmad Fadhli bertanya kepada anak-anak pemimpin Perikatan Nasional yang bersekolah di sekolah antarabangsa yang tidak menggunakan silibus dan peperiksaan kebangsaan.

Sock Tao, 31, yang dipertaruhkan mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masing-masing dalam semua mata pelajaran.

Keputusan akademik itu dikongsikan Sock Tao melalui Facebook kelmarin bagi menjawab cabaran dibangkitkan Ahmad Fadhli.

Pada PRK berkenaan, Sock Tao berdepan tentangan tiga pencabar iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada 7 Mei. – 1 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related