◉ HEADLINES

Kebakaran: 22 rumah musnah, 146 hilang tempat tinggal di Sandakan

Semua mangsa ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni di sini dan punca kebakaran masih dalam siasatan

9:04 PM MYT

 

SANDAKAN — Seramai 146 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 22 rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan berkeluasan 0.40 hektar atau satu ekar di Kampung Mangkalinau Parti di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.19 petang.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.41 petang, seramai 46 pegawai serta anggota melibatkan polis, bomba, Sabah Electricity Sdn Bhd serta pihak kebajikan bertugas di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian.

Katanya, semua mangsa terdiri daripada 44 lelaki, 47 wanita dan 55 kanak-kanak akan ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni di sini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – 1 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related