◉ HEADLINES

Inilah harga perlu dibayar atas khilaf dibuat, maafkan saya: Aliff Aziz

Permohonan maaf itu dibuat menerusi temubual bersama podcast Common Folks yang disiarkan di saluran YouTube

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tampil bersuara dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terkesan dengan kontroversi yang diakui berpunca daripada kesilapan dirinya.

Permohonan maaf Aliff Aziz atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, itu dibuat menerusi temubual berdurasi 1 jam 19 minut bersama podcast Common Folks yang disiarkan di saluran YouTube.

“Kepada semua yang menonton seperti rakan artis industri hiburan tanah air dan Malaysia, media dan netizen, dengan penuh rendah hati, saya memohon kemaafan.

“Saya juga hendak minta maaf kepada peminat, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), artis veteran dan artis baharu yang turut terkesan dengan apa yang berlaku,” katanya.

Aliff juga memberitahu, dia sebelum ini mendiamkan diri kerana mahu memberi laluan kepada pihak lain untuk bersuara dan memberikan kenyataan.

“Semua orang nak bercakap. Selalunya orang yang bersalah ini yang terakhir akan bercakap. Sebab kalau saya bercakap dahulu dan berbalas-balas, keadaan akan jadi lebih berantakan,” katanya lagi.

Mengakui kesal dengan apa yang terjadi, Aliff yang juga suami kepada Bella Astilah berharap segala kemelut membabitikan diri dan rumah tangganya itu akan segera berakhir.

“Kontroversi ini mendapat perhatian yang cukup luas hingga membabitkan perasaan orang lain dan mewujudkan pelbagai sentimen.

“Apa yang terjadi ini sepatutnya kekal peribadi, namun, akhirnya menjadi tatapan khalayak. Namun, inilah harga yang perlu saya bayar atas khilaf yang dibuat. Saya betul-betul minta maaf,” katanya.

Aliff juga memohon agar dia diberikan ruang untuk bermusabah diri serta memperbetulkan segala kesilapan yang dilakukannya.

“Saya mahu akhiri semua ini dengan segera dan mulakan hidup baharu serta perbetulkan segala kekurangan diri secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Tambah Aliff lagi, dia juga menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT andai dirinya disenarai hitam seperti mana yang disarankan pelbagai pihak.

“Semua orang berhak untuk beri pandangan. Sepanjang saya menjalankan tugas, sama ada berlakon atau buat persembahan, saya beri sepenuh komitmen seperti diharapkan.

“Apapun, saya serahkan soal rezeki pada Allah kerana Dia yang menentukan. Doakan semoga saya masih ada rezeki dalam semua bidang yang diceburi,” katanya. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related