◉ HEADLINES

Bangunan bersejarah Coliseum di Jalan TAR disenaraikan untuk dijual

Penjualan tersebut dimaklumkan oleh ejen hartanah Knight Frank Malaysia menerusi Linkedln

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bangunan ikonik Coliseum yang mengandungi pawagam, kafe dan hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman kini dalam senarai untuk dijual, namun harganya tidak didedahkan.

Ia dimaklumkan oleh ejen hartanah Knight Frank Malaysia menerusi Linkedln, dengan pihak yang berminat dipelawa untuk menghubungi mereka bagi maklumat lanjut.

Ia mengandungi kafe dan pawagam, namun kafe sudah ditutup manakala pawagam terbabit masih beroperasi.

Knight Frank menjelaskan hartanah berkenaan terletak di kawasan paling sibuk di Kuala Lumpur dan berdekatan jalan utama lain di pusat bandar.

Ejen hartanah Knight Frank Malaysia menyiarkan iklan untuk menjual bangunan Coliseum yang sarat dengan sejarah. – Sairien Nafis/Scoop, 3 Mei, 2024

“Dibina pada 1920, pawagam dengan gaya ‘Art Deco’ itu merupakan yang tertua di negara ini. Jika diperlukan pemilikan kosong boleh diberikan kepada pemilik baharu.

“Kafe dan hotel – kini kosong – mengandungi sejarah yang panjang sejak lebih satu abad.

“Pembeli dipelawa untuk membeli kedua-dua hartanah warisan itu sama ada secara berasingan atau kedua-duanya,’’ katanya.

Kafe Coliseum itu ditutup pada 2021 selepas gagal mendepani cabaran ekonomi sejak perintah kawalan pergerakan Covid-19.

Kafe itu terkenal dengan pelayan ‘warga emas’ yang menghidangkan masakan barat ala Hainan sejak 2021. Ia menjadi tumpuan ramai terutama pemimpin negara.

Sementara pawagamnya pula menghidangkan filem-filem popular Bollywood dan Tamil. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related