◉ HEADLINES

Lebih 2 orang terlibat samun Akhyar Rashid, tiada petunjuk baharu ditemukan

Satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengesan semua suspek yang dipercayai lebih dua orang

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih belum menemukan petunjuk baharu berhubung kes samun melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, satu pasukan khas kini ditubuhkan bagi mengesan semua suspek, yang dipercayai lebih dua orang.

Pasukan itu, katanya, sedang giat mencari petunjuk kes jenayah tersebut termasuk menerusi rakaman televisyen litr tertutup (CCTV) di kawasan yang mungkin dilalui suspek.

“Setakat ini, siasatan lebih menjurus kepada kes samun mendatangkan cedera di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,’’ katanya pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Pada 2 Mei lalu, Akhyar, 25, cedera di kepala apabila disamun di Kuala Terengganu.

Akhyar dikatakan baru turun dari kereta sebelum dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Dia dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000.

Akhyar, pemain kelahiran Kedah kini bermain untuk Terengganu FC selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mengulas lanjut, Azli berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Akhyar, kakaknya dan seorang penghantar makanan yang membantu mangsa.

“Begitupun setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui. Identiti suspek dan kenderaan digunakan gagal dicam oleh mangsa,” katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related