◉ HEADLINES

Peratusan undi awal yang tinggi ‘petanda’ positif – Calon PN

Khairul Azhari berkata pihaknya juga yakin sokongan pengundi kepada gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin meningkat

11:46 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Perikatan Nasional (PN) yakin peratusan keluar undi awal yang tinggi satu petanda positif terhadap kempen dijalankan gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Calonnya, Khairul Azhari Saut berkata, ia berdasarkan maklumat yang diterima bahawa peratusan keluar mengundi di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri adalah 100 peratus.

“Kita dapat maklumat semalam sebenarnya 97% itu untuk kedua dua pusat di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Maktab PDRM, tapi saya dapat maklumat di kem kehadiran pengundi adalah 100%.

“Pada saya, ini petanda agak positif terutama kepada PN,” katanya dalam sesi kempennya sekitar pekan Kuala Kubu Baharu hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Azhari berkata pihaknya juga yakin sokongan pengundi kepada gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin meningkat.

Ia dibuktikan dengan siri kempen yang memasuki hari ke 12 hari ini, saya lihat sokongan (terhadap PN) semakin meningkat terutama kepada saya sebagai calon.

“Ramai yang saya kenal di kawasan ini, Insya-Allah saya nampak momentum itu agak memberi keyakinan tinggi kepada saya sampai Jumaat ini (hari terakhir kempen),” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari; Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.
DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar. – 8 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related