◉ HEADLINES

Faisal Halim selamat jalani pembedahan kedua, kawasan lecur dibersihkan dengan baik

Perkara itu dimaklumkan kepada Mohd Najwan selepas beliau berhubung dengan Selangor FC

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim selamat menjalani pembedahan kedua dan berada dalam keadaan stabil.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi memberitahu, kawasan lecur dapat dibersihkan dengan sangat baik dan ini dapat membantu pertumbuhan sel-sel baharu di kawasan yang cedera itu.

Perkara itu, kata Najwan dimaklumkan kepadanya selepas beliau berhubung dengan pengurusan pasukan bola sepak Selangor FC hari ini.

“Alhamdulillah, sebentar tadi saya berhubung dengan pihak Selangor FC dan dimaklumkan Faisal telah selamat jalani pembedahan kedua dan berada dalam keadaan stabil.

“Ada progres positif di mana kawasan lecur Faisal dapat dibersihkan dengan sangat baik dan insya-Allah akan dapat membantu pertumbuhan sel-sel baharu di kawasan lecur tersebut,’’ katanya yang dikongsi kepada media hari ini.

Najwan memaklumkan beliau dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi sempat meluangkan masa melawat Faisal di hospital semalam.

Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan kes Faisal disimbah asid hingga mengakibatkannya mengalami kelecuran tahap 4 di leher, bahu, lengan dan dada.

Insiden menimpa Faisal berlaku kurang seminggu dari kejadian samun dialami seorang lagi pemain kebangsaan dari Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, Akhyar Rashid sehingga mengakibatkannya cedera di kepala, kaki kiri serta lengan kiri, selain kerugian wang ribuan ringgit dan dihantar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Malam tadi kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim pula dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di Jalan Sri Gelam, Johor Bahru. – 8 Mei, 2024


Topics

 

◉ Popular

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

◉ Related