◉ HEADLINES

PRK KKB: Pasangan kembar OKU teruja keluar awal mengundi

Ini adalah pengalaman kedua bagi pasangan kembar dengan masalah pembelajaran dari Taman Seri Batang Kali itu mengundi selepas buat pertama kali ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu

10:21 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Teruja untuk menjadi antara pengundi awal, pasangan adik-beradik kembar orang kurang upaya (OKU) bersemangat apabila sudah berada di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali di sini, seawal jam 8 pagi.

Muhammad Nazmi Mohd Mazlan dan Muhammad Nazri, 25, bersemangat untuk mengundi kerana mahu menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat memilih pemimpin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Muhammad Nazmi Mohd Mazlan (depan) dan Muhammad Nazri Mohd Mazlan, kembar kurang upaya (masalah pembelajaran) turut dibantu kakitangan SPR sebelum menunaikan kewajipan mengundi pada hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini. – Gambar Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 11 Mei, 2024

Ini adalah pengalaman kedua bagi pasangan kembar dengan masalah pembelajaran dari Taman Seri Batang Kali itu mengundi selepas buat pertama kali ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Menurut Muhammad Nazmi, dia dan adiknya itu keluar awal kerana tidak mahu menunggu lama untuk beratur.

“Ini bukan pengalaman pertama (keluar mengundi) kerana sebelum ini pernah undi (pilihan raya).

“Kami mahu tunaikan kewajipan sebagai rakyat. Kami pilih keluar awal (pagi),” katanya ketika ditemui hari ini.

Muhammad Nazmi berkata, dia dan adiknya juga datang sendiri menaiki motosikal bagi menunaikan kewajipan mereka.

“Harapnya semua pengundi di sini turut menjalankan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu,” katanya.

Sejumlah 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup jam 6 petang ini. – Gambar Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 11 Mei, 2024

PRK DUN Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan.

Sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup jam 6 petang. – 11 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related