◉ HEADLINES

Keluar sekejap ke keluar selamanya? Zahid sindir Khairy

Presiden Umno itu mahu parti menggunakan platform betul seperti TikTok dan Facebook untuk mendekati orang ramai dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran politik

10:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sambil menggalakkan Umno menggunakan platform media sosial untuk menambat semula hati rakyat, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat menyindir Khairy Jamaluddin yang aktif mengendalikan podcast, sejak tidak bersama parti itu.

Menurut Zahid, siri podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikan bersama Shahril Hamdan
bukanlah platform sesuai untuk bekas Ketua Pemuda Umno itu menyuarakan pendapatnya.

“Gunakan platform yang betul seperti TikTok dan Facebook untuk mendekati orang ramai dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran politik untuk Umno.

“Bukan seperti sesetengah orang yang menggunakan platform seperti Keluar Sekejap atau mungkin saya katakan, keluar selama-lamanya,” katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 yang hadir.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat ringkas sempena majlis ulang tahun Umno ke-78 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid menggesa pemimpin Umno mencipta sentimen dan menerajui naratif pemikiran menerusi platform media sosial untuk mendapatkan semula sokongan kuat rakyat.

Beliau berkata, parti tersebut perlu memahami permainan dengan emosi dan perasaan, selain memanfaatkan kemajuan platform media sosial.

Katanya, platform media sosial seperti TikTok dan Instagram perlu diterokai kerana ia menjadi medium untuk mendekati pengundi 18.

“Di era ini, persepsi lebih dipercayai daripada realiti. Umno mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran, mengekang fitnah dahsyat di media sosial dan tidak semata-mata dalam mood ‘defensive’ walau kita sebahagian kerajaan.

“Sebab itulah saya mengajak anda mengubah pendekatan. Kita guna cara halus dan lunak yang mengusik jiwa,” katanya.

Pada masa sama, Zahid berkata, lebih ramai pemimpin Umno bermula dari peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sehingga ke Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen perlu mula meneroka ‘dunia baharu’ dan tidak lagi berada di takuk cara lama.

“Jadikan kelemahan menempuhi pilihan raya lalu untuk mencorak kemenangan di masa hadapan. Jangan berasa selesa, hanya kita berada di tampuk kuasa.

“Ini masanya untuk pemimpin ke hadapan bagi menjadi ‘pembuluh darah’ demi kelangsungan anak watan,” katanya. – 11 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related