◉ HEADLINES

Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh

Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat

10:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.

“Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian. – 13 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related