◉ HEADLINES

Lagi pokok tumbang, kali ini di Jalan Pinang, turut hempap kenderaan

Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan pokok itu telah menghempap sebuah kenderaan

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian pokok tumbang terus membimbangkan penduduk di ibu kota dengan terbaharu, sebatang pokok besar dilaporkan tumbang di hadapan Menara Prestige di Jalan Pinang, di sini, petang ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan pokok itu telah menghempap sebuah kenderaan yang diletakkan di bawah pokok terbabit.

Setakat ini, difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ia merupakan kejadian terbaharu selepas dua insiden pokok tumbang di ibu kota baru-baru ini.

Dalam pada itu, Bomba Kuala Lumpur memaklumkan tidak menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Tapi Pusat Gerakan Operasi (PGO) hantar jentera ke lokasi untuk bantuan,” katanya kepada media.

Berdasarkan video media sosial, kejadian berlaku ketika hujan dan ribut di ibu kota sebentar tadi.

Manakala Astro Radio Traffic melaporkan, jalan berkenaan kini ditutup sementara.

“Jalan P.Ramlee: Pegawai melaporkan pokok tumbang di Jalan Pinang, di depan Kuwait Bank. Trafik perlahan dari KLCC. Jalan itu ditutup untuk sementara waktu,’’ demikian laporan dari Astro Radio Traffic.

Dalam pada netizen menyuarakan kebimbangan dengan insiden tersebut apatah lagi ibu kota sering dilanda hujan pada masa ini.

Sejak kebelakangan ini, kejadian pokok tumbang kerap berlaku di ibu kota malah pada 7 Mei lalu, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang turut menyebabkan 17 kenderaan terjejas.

Pokok berkenaan dipercayai berusia lebih 50 tahun dan berada di atas tanah persendirian yang penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah.

Enam hari selepas itu, sebatang pokok pula tumbang di Jalan Raja Chulan, mengakibatkan kesesakan teruk di ibu kota. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Takutlah nak bawa kereta ke Kuala Lumpur. Kepada pemandu e-hailing yang mendapat job di KL berhati-hati ya,” kata Zai Aswad.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini memaklumkan hasil pemeriksaan berkala yang dilaksanakan oleh arborist bertauliah dan pemeriksaan terakhir dilakukan pada Februari lalu telah mengenalpasti 28 pokok akan ditebang dalam tempoh terdekat.

Pada 7 Mei lalu, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang turut menyebabkan 17 kenderaan terjejas.

Pokok berkenaan dipercayai berusia lebih 50 tahun dan berada di atas tanah persendirian yang penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah. – 13 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related