◉ HEADLINES

Kami janji: Zus Coffee bakal keluarkan penyedut minuman baharu

Penyedut sedia ada dibuat menggunakan tepung beras sebagai bahan lebih mesra alam dan mudah lupus

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Jenama kopi buatan Malaysia, Zus Coffee menyahut cabaran pelanggannya apabila ia bakal muncul dengan penyedut minuman baharu, selepas ramai yang merungut kerana penyedut sedia ada menjadi lembik apabila terkena air.

“Kami janji. Kami akan muncul dengan penyedut minuman baharu untuk anda semua! Bawa bertenang semua, salam sayang,’’ demikian hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi X.

Ia bagi menjawab keluhan seorang pelanggannya yang meminta agar Zus melakukan sesuatu mengenainya.

“Saya suka segalanya dari Zus kecuali penyedut, tolong lakukan sesuatu dan saya berjanji akan diam,’’ kata @jjhwonu.

Penyedut sedia ada dibuat menggunakan tepung beras sebagai bahan lebih mesra alam dan mudah lupus.

Ia menjadikan kebanyakan peminatnya mengeluh, kerana terpaksa menghabiskan minuman dengan cepat sebelum penyedut itu kembang. Rungutan itu sejak 2021 lagi dan sehingga kini masih berterusan.

Namun ada yang menyatakan ia sebagai alternatif terbaik kerana penyedut minuman itu boleh dimakan selain menjaga alam sekitar. – 14 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related