◉ HEADLINES

UiTM tiada halangan pelajar mahu bersolidariti pakai baju hitam

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM berkata, setakat ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti sudah memaklumkan tiada himpunan atau demonstrasi akan dilakukan pelajar

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) tiada halangan jika ada pelajarnya mahu bersolidariti memakai pakaian berwarna hitam esok, bagi kempen bantahan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera.

Jabatan Komunikasi Korporat UiTM berkata, setakat ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti sudah memaklumkan tiada himpunan atau demonstrasi akan dilakukan pelajar.

“Setakat ini yang kita dapat maklumkan cuma pelajar mahu bersolidariti dengan memakai baju hitam sahaja, setakat ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar maklumkan tiada perhimpunan akan dilakukan pelajar.

“Jadi kita tiada halangan kalau setakat mahu bersolidariti. Jika ada yang membuat himpunan tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM melancarkan kempen bantahan berkenaan isu tersebut dan menggesa semua pelajar agar memakai pakaian berwarna hitam esok.

Gesaan itu susulan rayuan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) minggu lalu agar UiTM mengutamakan kepentingan kesihatan awam dengan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera bagi mengatasi kekurangan pakar dalam bidang tersebut.

MPP dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 214 ahlinya dengan tegas mempertahan objektif penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi untuk orang Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Tambah wakil jabatan berkenaan, buat masa ini tiada kenyataan lanjut termasuk daripada Naib Canselor berhubung gesaan MMA berkait pembukaan sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera.

Terdahulu, Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz merayu kepada UiTM sekiranya universiti itu boleh membuka pintu kepada pelajar antarabangsa, ia sudah pasti boleh membenarkan rakyat Malaysia belajar di sana, terutamanya bagi memenuhi keperluan mendesak untuk pakar kardiotoraks.

Beliau turut mengetengahkan cadangan Profesor di Fakulti Perubatan UiTM, Dr Raja Amin Raja Mokhtar agar program pasca siswazah pembedahan kardiotoraks kendaliannya diperluas kepada doktor pelatih bukan Bumiputera seperti dilaporkan portal berita kesihatan, Code Blue. – 15 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related