◉ HEADLINES

Dasar pengambilan pelajar UiTM adalah kekal: Naib Canselor

UiTM berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 - UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

10:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dasar pengambilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia ada adalah kekal dan tiada perbincangan di Senat mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti untuk membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Shahrin Sahib berkata, UiTM berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Untuk itu beliau menyeru kepada semua mahasiswa untuk menumpukan usaha menunaikan amanah sebagai seorang pelajar.

“Gunakan masa yang sangat berharga untuk belajar dan timbalah ilmu sebanyak mungkin untuk bekal masa depan yang tidak menentu. Inilah perjuangan hakiki seorang mahasiswa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir turut menegaskan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat kementerian mahupun Kabinet.

Malah beliau berkata, isu tersebut ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.

Dalam kenyataan sebelum ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM akan melancarkan kempen bantahan berkenaan isu membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera, esok.

Gesaan itu susulan rayuan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) minggu lalu agar UiTM mengutamakan kepentingan kesihatan awam dengan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera bagi mengatasi kekurangan pakar dalam bidang tersebut.

MPP dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 214 ahlinya dengan tegas mempertahan objektif penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi untuk orang Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. – 15 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related