◉ HEADLINES

Polis buru pencuri pakaian dalam wanita

Video memaparkan kejadian itu yang dirakam CCTV tular di media sosial sejak kira-kira 2 petang semalam

8:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis giat memburu seorang individu yang mencuri pakaian dalam wanita di Solok Titi Teras 1, Taman Titi Height, Balik Pulau, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenali berkata, video memaparkan kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak kira-kira 2 petang semalam, selepas dimuatnaik pemilik akaun X, @NeGORig.

Katanya, pada 12 Mei lalu kira-kira jam 10.30 pagi, pihak polis menerima laporan mengenai kes kecurian pakaian dalam wanita.

“Berdasarkan laporan diterima, pengadu iaitu seorang wanita tempatan menyedari pakaian dalam kepunyaannya yang disidai di ampaian di hadapan rumahnya tiada, sebelum bertindak memeriksa CCTV.

“Dalam rakaman terbabit, kelihatan seorang lelaki tidak dikenali, mengambil pakaian dalam milik pengadu yang berada di ampaian lalu beredar dari situ dengan menaikkan motosikal,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, agar tampil menyalurkannya dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 60 saat memaparkan seorang lelaki memberhentikan motosikalnya di luar pagar sebuah rumah, sebelum turun dari kenderaan itu dan mencapai beberapa pakaian dalam pada jam 4.47 pagi, seperti waktu tertera di CCTV.

Suspek kemudian memasukkan pakaian dalam itu di raga motosikalnya, sebelum berlalu. – 16 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related