◉ HEADLINES

Sam Innuendo dan isteri dikurnia cahaya mata kedua, Ashden Qaldrieq

Cahaya mata lelaki kedua mereka itu lahir pada 10 Mei lalu

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas anggota kumpulan Innuendo, Shamshul Azhar Nazeer atau Sam gembira dan bersyukur apabila isteri tercintanya, Riena selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Menurut Sam, cahaya mata lelaki kedua mereka itu dinamakan sebagai Ashden Qaldrieq dan dilahirkan pada 10 Mei lalu.

“Alhamdullillah. Dengan rasa bangga dan gembira, saya ingin memperkenalkan anak lelaki kedua kami, Ashden Qaldrieq, dilahirkan pada hari Jumaat, 10 Mei 2024 pada jam 5.28 petang dengan berat 3.03 kilogram.

“Terima kasih atas semua doa dan ucapan hangat anda. Maaf tak dapat nak balas mesej anda semua. Salam sayang dari kami,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Sam pernah menganggotai kumpulan soul dan R&B, Innuendo bersama Reymee Mohamed Hussien, Ahmad Tajuddun Mohamed (Taj Addin) dan Saiful Amir Abd Wahab (Pot Amir) pada 1992.

Selepas meninggalkan kumpulan yang terkenal dengan lagu Belaian Jiwa pada 20 Ogos 2002, Sam membawa haluannya sendiri di dalam bidang seni.

Kini Sam banyak melakukan ‘voice over’ untuk program-program di televisyen dan iklan-iklan di radio. – 17 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related