◉ HEADLINES

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Agong zahir kesedihan, ucap takziah kepada keluarga mangsa

Baginda turut bertitah semoga kedua-dua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan syuhada

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor hari ini.

Baginda turut menzahirkan kesedihan berhubung insiden yang dilaporkan berlaku awal pagi tadi.

“Yang di-Pertuan Agong menzahirkan sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram pada hari ini,” zahir baginda menerusi Facebook.

Baginda bertitah supaya Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dengan menyifatkan kedua-dua mangsa sebagai wira negara.

“Al-Fatihah buat dua wira negara yang terkorban dalam tragedi ini.

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga syuhada,” titah baginda.

Negara dikejutkan dengan kejadian dua anggota polis maut, manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada media.

Beliau berkata, insiden pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek, katanya, turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Razarudin berkata, suspek menetak dan menembak mati dua anggota polis, selain mencederakan seorang lagi anggota.

Katanya, suspek masuk melalui pintu belakang dan ketika itu anggota terbabit ke bahagian berkenaan untuk memeriksa, sebelum ditetak suspek.

Pada masa sama, Razarudin berkata, ada kereta peronda polis tiba di lokasi dan berlaku insiden tembak-menembak, mengakibatkan seorang daripada anggota ditembak di pipi serta dilaporkan meninggal dunia tempat kejadian.

Setakat ini, lima individu berusia dari 19 hingga 62 tahun yang terdiri daripada ahli keluarga suspek dan dua orang awam ditahan. – 17 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related