◉ HEADLINES

Serangan Ulu Tiram: Semua yang ditahan, direman adalah warga tempatan, tiada rakyat Singapura

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan ringkas kepada Scoop.

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesemua tujuh individu yang direman tujuh hari sehingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam adalah rakyat tempatan.

Ia sekali gus menafikan laporan awal media yang sebelum ini melaporkan seorang daripada tujuh individu itu adalah warga Singapura.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan ringkas kepada Scoop.

“Semuanya (yang direman) Malaysia (rakyat tempatan). Tiada (warga Singapura) seperti dilaporkan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, tujuh individu direman seminggu bermula hari ini hingga 24 Mei, bagi membantu siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.

Perintah reman terhadap semua suspek yang berusia antara 19 hingga 62 tahun itu, dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

Reman itu bagi membolehkan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka direman itu membabitkan lima ahli keluarga suspek dan dua penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Dalam kejadian semalam, dua anggota polis maut manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

Insiden pada kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang, sebelum turut mati ditembak.

Dua anggota terkorban yang meninggal dunia di tempat kejadian berkenaan adalah Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar yang bertugas di pejabat pertanyaan dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, iaitu anggota prowler di balai polis berkenaan.

Ahmad Azza Fahmi ditetak di belakang leher dan kepala manakala Muhamad Syafiq ditembak di perut dan lengan.

Mangsa cedera adalah anggota Unit Cegah Jenayah (RCJ), Koperal Mohd Hasif Roslan yang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor akibat ditetak di bahu serta pinggul kiri dan dilaporkan stabil. – 18 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related