◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Presiden Iran maut, bangkai helikopter ditemui terbakar sepenuhnya

Pasukan penyelamat bergelut dengan ribut salji dan keadaan bentuk muka bumi yang mencabar untuk sampai ke lokasi nahas

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amir Abdollahian maut selepas bangkai helikopter dinaiki mereka ditemui terbakar sepenuhnya.

Perkara itu disahkan pegawai kanan Iran kepada Reuters yang meminta untuk tidak dinamakan kerana sensitiviti perkara tersebut.

“Presiden Raisi, menteri luar dan semua penumpang dalam helikopter terbunuh dalam nahas itu,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Pir Hossein Kolivand memaklumkan, helikopter dinaiki Raisi sudah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’.

“Helikopter Raisi terbakar sepenuhnya dalam nahas itu… malangnya, semua penumpang dikhuatiri maut.

“Kami dapat melihat bangkai pesawat dan keadaan tidak kelihatan baik,” katanya kepada TV kerajaan Iran.

Pasukan penyelamat kini bergelut dengan ribut salji dan keadaan bentuk muka bumi yang mencabar sepanjang malam untuk sampai ke lokasi nahas di wilayah Azerbaijan Timur, awal pagi tadi.

Terdahulu, Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan ketika kejadian Raisi sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan.

Selain Raisi dan Hossein Amir Abdollahian, turut berada dalam helikopter tersebut ialah Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur, Malek Rahmati dan Imam Solat Jumaat di Tabriz, Hojjatoleslam Al Hashem.

Susulan itu, Rusia turut menghantar pasukan penyelamat ke Iran untuk membantu mencari helikopter malang itu.

“Atas permintaan pihak Iran, penyelamat dari Kementerian Keadaan Kecemasan Russia akan membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” tulis kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram, awal pagi tadi.

Pasukan itu, yang terdiri daripada 47 pakar dengan peralatan yang diperlukan, kenderaan pelbagai guna, serta sebuah helikopter BO-105 akan menuju ke bandar barat laut Tabriz. – 20 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related