◉ HEADLINES

Malaysia tidak gentar jika jumpa Thailand, Seksan dalam final beregu Piala Dunia

Seksan Tubtong dilantik sebagai perunding Malaysia pada Januari lalu untuk menghadapi Piala Dunia, namun dipanggil semula oleh Ketua Jurulatih Thailand bagi memperkuat skuad negara itu bulan lalu

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kapten beregu negara, Aidil Aiman Zawawi tidak merasakan penampilan bekas perunding skuad negara dari Thailand, Seksan Tubtong dalam Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa akan memberi impak besar jika bertembung dengannya.

Seksan dilantik sebagai perunding Malaysia bermula Januari lalu untuk membantu Ketua Jurulatih, Ahmad Jais Baharun mempersiapkan skuad negara untuk saingan Piala Dunia kali ini.

Bagaimanapun, beliau dipanggil oleh Ketua Jurulatih Thailand, Suphaloek Kimthong untuk memperkuat barisan pasukan negara Gajah Putih itu pada bulan lepas.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kemudian membatalkan kontrak Seksan serta merta selepas mengetahui tentang perkara itu.

Menurut Aidil Aiman, ia bukan masalah besar sekiranya Malaysia bertembung dengan Thailand yang diketuai Seksan di pentas final nanti.

“Saya dan Noraizat Nordin akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kami mengalahkan Thailand.

“Bagi saya tak ada masalah jika bemain menentang Seksan nanti, kami akan cuba keluarkan apa yang kami ada dalam gelanggang nanti,” katanya.

Seksan ketika dilantik sebagai perunding skuad sepak takraw Malaysia pada Januari lalu. – Gambar PSM, 20 Mei, 2024

Aidil Aiman dan Noraizat pernah bertembung dengan Seksan bersama gandingannya, Kittiphum Sareebut pada 7 April lalu dalam saingan Piala Puteri Diraja Thailand Ke-35 yang menyaksikan pasangan negara itu tewas 8-15, 13-15.

Mengulas lanjut, Aidil Aiman berkata, gandinganya bersama Noraizat sudah bertambah baik kerana skuad negara melakukan persiapan rapi bagi mendepani cabaran hebat di kejohanan ini.

Ditanya pilihan sama ada mahu berdepan Indonesia atau Myanmar pada separuh akhir, Aidil Aiman berkata, skuad negara lebih suka untuk berdepan dengan Myanmar berbanding Indonesia di peringkat empat terakhir itu.

“Bagi saya elok lawan Myanmar kerana Noraizat mempunyai kelebihan untuk ‘blok’ rejaman apit kanan Myanmar.

“Dengan Indonesia pula kita ada rekod kurang baik berdepan dengan mereka,” katanya. — 20 Mei, 2024

Topics

 

◉ Popular

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related