◉ HEADLINES

5 ahli keluarga suspek kes serangan Ulu Tiram ditahan bawah Sosma

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka ditahan di bawah Sosma selepas tempoh reman berakhir hari ini

11:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima ahli keluarga suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka ditahan di bawah Sosma selepas tempoh reman berakhir hari ini.

“Di bawah Sosma ini, Cawangan Khas Bukit Aman akan menjalankan siasatan manakala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih juga akan meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

“Jadi siasatan bersekali, tiada masalah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan berbeza yang dibuat oleh beliau mengenai kaitan suspek dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), Razarudin sekali lagi menegaskan suspek tidak mempunyai kaitan dengan pertubuhan itu.

“Apa yang telah pun disebut oleh saya sebelum ini disyaki bapa dia adalah anggota JI, itu memang ada dalam data dan rekod kita. Saya kena maklumkan begitu untuk tahu siasatan kita ke arah mana pada awalnya.

“Tapi apabila kita telah memanggil saksi kejiranan, kita dapati keluarga ini memang isolated, tak campur orang, anak perempuan yang terakhir tidak bersekolah, anak yang ditembak mati (suspek) hanya sekolah sampai darjah empat, abang dia sahaja sampai tingkatan lima, seorang lagi kakak sampai darjah enam.

“Apabila kita telah memanggil 47 saksi, daripada data polis, kita dapati dia (suspek) langsung tiada jaringan dengan JI, walaupun bapanya pada asalnya dalam data kita itu.

“Saya kena cakap benda yang betul, tapi orang spin (pusing),” katanya.

Sebelum ini tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut direman, dibebaskan tanpa syarat pada Rabu lalu.

Dalam kejadian serangan pada jam 2.54 pagi Jumaat minggu lalu, tiga disahkan maut membabitkan dua anggota polis berusia 22 dan 24 tahun serta suspek berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera. – 24 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related