◉ HEADLINES

SPRM belum buat keputusan lanjutkan tempoh Mirzan, Mokhzani isytihar harta

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum membuat keputusan mengenai permohonan ahli perniagaan Mirzan dan Tan Sri Mokhzani Mahathir untuk melanjutkan tempoh perintah mengisytihar harta kali keempat.

Sumber SPRM memberitahu Scoop, setakat ini dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu belum mengemukakan sebarang dokumen pengisytiharan harta seperti dituntut di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini SPRM sudah memberikan tiga kali tempoh lanjutan ke atas kedua-dua anak Dr Mahathir itu yang tamat bulan ini iaitu Mirzan pada 15 Mei manakala Mokhzani hari ini (25 Mei).

“Persoalan-persoalan mengenai alasan yang dikemukakan, apakah ia munasabah untuk SPRM mempertimbangkan bagi membenarkan ia (perintah mengisytihar harta) dilanjutkan dan apakah SPRM bertegas menyatakan ini kali terakhir dibenarkan, semuanya itu dalam tindakan Pegawai Penyiasat SPRM.

“Buat masa ini kita belum memutuskan apa-apa,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya apa tindakan selanjutnya jika SPRM memutuskan tarikh 15 dan 25 Mei adalah tarikh terakhir bagi Mirzan serta Mokhzani, sumber berkata, semua pilihan dalam penelitian SPRM.

“SPRM masih dalam proses membuat pertimbangan melibatkan segala aspek termasuk tindakan lanjut terhadap Mirzan dan Mokhzani yang ketika ini belum mengemukakan sebarang dokumen pengisytiharan harta,’’ katanya.

Dalam kenyataan kepada Scoop bulan lalu, SPRM menegaskan bahawa tempoh yang diberikan sehingga bulan ini kepada kedua-duanya berkemungkinan adalah lanjutan yang terakhir.

Pada 26 Januari lalu, SPRM telah menyerahkan satu perintah notis kepada Mokhzani untuk beliau mengisytihar harta di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Siasatan turut dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber memberitahu, siasatan dilakukan SPRM terhadap ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mendapatkan projek kerajaan.

Mirzan juga disiasat di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pada 27 April lalu, Mirzan dan Mokhzani dalam kenyataan bersama mahu SPRM menentukan ‘had’ tempoh paling penting yang ada kaitan dengan siasatan mereka, dalam perintah mengisytihar harta diperoleh selama 43 tahun ini.

Kedua-dua mereka menegaskan, ia pastinya akan membantu mereka mengumpulkan maklumat dan dokumen diperlukan untuk mengisytihar harta kepada suruhanjaya berkenaan. – 25 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related