◉ HEADLINES

Malaysia dihormati kerana rakyat bersatu padu: PM

Perkara itu dimaklumkan pemimpin negara luar, termasuk ketika lawatan Anwar ke Qatar, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan dan Jepun baru-baru ini

10:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia dihormati negara luar bukan semata-mata kerana lonjakan ekonomi, tetapi juga disebabkan kestabilan politik dan rakyatnya yang bersatu padu.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan pemimpin negara luar, termasuk ketika lawatan beliau ke Qatar, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan dan Jepun baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia diberi penghormatan berkenaan.

Katanya, pemimpin negara berkenaan juga bangga melihat kehadiran delegasinya atas nama rakyat Malaysia.

“Penghormatan diberikan itu bukan kerana pimpinan dan dasar (Malaysia) sahaja, tetapi kerana negara ini aman, keselamatan terkawal serta rakyat bersatu padu,

“Mudah-mudahan semangat ini kita dapat pertahan dan generasi muda bekerja lebih, supaya perpaduan dalam kalangan generasi muda lebih baik daripada generasi kami.

“Sekali lagi saya tabik hormat kepada rakyat Malaysia dan kasih kami kepada anak muda supaya menjadi generasi penerus yang bermakna. Kita (juga) tabik hormat kepada rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan di Johor Bahru malam ini.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Anwar berkata, seperti semua maklum, tonggak negara ini mempunyai Perlembagaan, Raja Berlembagaan, kerajaan, tetapi tonggak perpaduan adalah rakyat.

Menurutnya, Malaysia mencapai kemerdekaan hasil sumbangan beberapa tokoh besar, termasuk Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman atas usaha mereka menyeru, mengasak semangat, menolak penjajahan serta menyatupadukan rakyat

“Asas tentunya kekuatan masyarkat Melayu, tetapi kemerdekaan tercapai kerana penyertaan semua rakan kita, masyarakat Cina dan India di Semenanjung, kemudian bersama pelbagai suku kaum, Dayak, Kadazan, Dusun serta Murut yang menyebabkan kita menjadi satu kesatuan.

“Sebab itu saya kata dan tekankan kepada kepada Menteri (Perpaduan Negara), ini satu kementerian yang mesti memberi penekanan serta menjelajah ke seluruh negara.

“Mesti ada kegiatan, menerobos dari rukun tetangga dan ke bawah lagi. Terima kasih menteri kerana perkasakan rukun tetangga, ada program tambahan,” katanya. – 25 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related