◉ HEADLINES

Kanak-kanak lelaki umur setahun lebih maut dilanggar kenderaan dipandu bapa

Lelaki itu dikatakan tidak menyedari anaknya yang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah bergerak menuju ke arah kereta yang sedang dialihkan

10:04 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor di Kampung Raja, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Besut, Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, bapa mangsa sedang mengalihkan kenderaannya selepas selesai mencuci di halaman rumah mereka.

Lelaki itu, katanya, tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah bergerak menuju ke arah kereta yang dialihkan itu lalu terlanggarnya.

“Bapa mangsa membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Gong Medang namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi tadi,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu, kata Abdul Rozak disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 29 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related