◉ HEADLINES

Parallel Pathway: Kertas cadangan penyelesaian dibentang Rabu ini: Zambry

Isu itu telah dibawa dalam mesyuarat bersama Kementerian KKM dan KPT pada April lepas bagi mencari penyelesaian

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas cadangan penyelesaian isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway dalam bidang pembedahan kardiotorasik akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kepada Kabinet pada 5 Jun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata terdapat dua isu pokok yang perlu diberi penyelesaian iaitu pengiktirafan latihan kepakaran Parallel Pathway yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan pendaftaran pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran Parallel Pathway dalam Daftar Pakar (National Specialist Register – NSR) di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Isu itu telah dibawa dalam mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada April lepas bagi mencari penyelesaian.

“Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan melalui kenyataan akhbar bertarikh 2 April 2024, Akta Perubatan 1971 [Akta 50] akan dipinda bagi membolehkan beberapa masalah berbangkit dapat diselesaikan termasuk mendaftarkan pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran Parallel Pathway,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Zambry berkata beliau telah diminta untuk menjelaskan kepada Kabinet sementara ketiadaan Menteri Kesihatan yang kini berada di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 (WHA77), Geneva.

Beliau berkata isu pengiktirafan pelajar kardiotorasik dan tuduhan membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera adalah dua isu yang berbeza.

Menurutnya terdapat kumpulan yang cuba mengambil kesempatan hingga menuduh UiTM bersikap ‘apartheid’ sedangkan isu utama adalah tiada pengesahan dan pengiktirafan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kepada kumpulan pelajar ini.

“Selain daripada UiTM yang sedang menjalankan Program Sarjana Sains Surgeri (Kardiotorasik), universiti lain termasuk Universiti Malaya (UM) sedang dalam proses mendapatkan Perakuan Akreditasi untuk kursus ini sebelum ditawarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata dengan usaha dan komitmen yang sedang dilakukan oleh Kerajaan MADANI, adalah diharapkan natijah penyelesaian menyeluruh akan terhasil demi kepentingan negara dan rakyat.

Pada 27 Mei lepas Zambry dilaporkan berkata isu Parallel Pathway akan diselesaikan dengan kadar segera dan satu rangka cadangan penyelesaian telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti.

Menurutnya perbincangan dengan KKM telah diadakan baru-baru ini bagi mencari penyelesaian melibatkan aspek perundangan selain isu berkaitan pengiktirafan terhadap program perubatan yang ditawarkan di universiti. – 30 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related