◉ HEADLINES

Nahas helikopter TLDM: Semua kru sihat, ‘layak terbang’, tidak guna bahan terlarang

Laporan autopsi mengesahkan, kematian semua 10 mangsa berpunca daripada pelbagai kecederaan akibat nahas penerbangan

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan penuh nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak bulan lalu, mengesahkan semua kru berada dalam penerbangan itu mempunyai tahap kesihatan baik untuk mengendalikan pesawat udara berkenaan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, tahap kelayakan penerbangan kru udara itu juga masih sah atau tidak tamat tempoh.

Katanya, laporan autopsi mengesahkan bahawa tiada isu hypoglycemia atau unsur ‘fatigue’, iaitu keletihan terhadap semua kru udara serta tiada penggunaan bahan terlarang.

“Tiada unsur mental illness (masalah mental) direkodkan atau dikenal pasti. Semua kru udara terlibat disahkan secara perubatan sebagai fit to fly (sihat untuk penerbangan).

“Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

“Kematian semua 10 mangsa berpunca daripada pelbagai kecederaan akibat nahas penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman laporan penuh nahas terbabit di sini, hari ini. – 30 Mei, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related