◉ HEADLINES

Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu, bapa ditahan polis

Kedua-duanya akan direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pagi ini

8:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis pada jam 11 pagi semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop.

Menurut beliau, kedua-duanya akan direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pagi ini.

Dalam pada itu sumber memberitahu, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Malah katanya, walaupun berdepan dengan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, namun pihak polis tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima, untuk menyelesaikannya kes itu.

Beliau berkata, setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenayah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan. – 1 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related