◉ HEADLINES

Roslan masih Pengarah JPNS, diminta jalankan tugas penjawat awam seperti biasa: Fadhlina

Pelantikan Datuk Roslan Hussin sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diumumkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil pada Ahad lalu

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan mengesahkan Datuk Roslan Hussin masih memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima maklumat pelantikan Roslan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Setakat ini kita tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan pelantikan beliau itu. Beliau masih pengarah JPNS, masih lagi penjawat awam.

“Jadi saya minta beliau fokus kepada JPNS dan lakukan tugas seperti biasa,” katanya selepas Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (Duta) Peringkat Kebangsaan 2023 dan Pelancaran Mydigitalmaker Fair (MDMF) di Pusat Sains Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelantikan Roslan sebagai ahli MPP baharu parti itu, selepas PKR membuat rombakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri.

Pelantikan Roslan diumumkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil pada Ahad lalu bersama-sama dengan pertukaran beberapa pengerusi negeri yang diputuskan dalam mesyuarat MPP.

Bagaimanapun, pelantikan Roslan dipersoal pembangkang antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Afnan Hamimi mempersoal mengenai kewajaran pelantikan berkenaan berikutan semakan di laman web Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati, Roslan juga individu sama yang memegang jawatan Pengarah JPNS. – 1 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related