◉ HEADLINES

Bicara kes pengarah Hydroshoppe hadapi tuduhan rasuah pada 10 Sept 

Abdul Hamid Shaikh didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar Musa untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula 10 Sept, untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang berdepan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun, bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan bahawa, pihaknya telah berbincang dengan pasukan pembelaan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh perbicaraan tersebut.

Tarikh tersebut ialah 10 dan 11 Sept, 29 dan 30 Okt, 6 dan 7 Nov serta 4, 5, 9 hingga 12 Dis, selain 7 hingga 9 Jan 2025, dengan 15 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.

Pada 5 April tahun lepas, Abdul Hamid Shaikh, 50, didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Hydroshoppe juga didakwa atas pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh, menawarkan suapan itu kepada Tan, bagi faedah Annuar dengan niat yang sama, di lokasi dan pada tarikh serupa.

Pertuduhan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana lebih tinggi, atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 4 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related