◉ HEADLINES

Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi

Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam perkarangan Stadium Shah Alam

8:17 AM MYT

 

SHAH ALAM – Pasar Tani Stadium Shah Alam di Seksyen 13, di sini masih beroperasi seperti biasa setiap Ahad walaupun projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sedang berjalan di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Rosilawati Abu Hassan berkata buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam perkarangan Stadium Shah Alam.

“Pasar Tani Stadium Shah Alam yang berada dalam kawasan pembangunan KSSA masih beroperasi dan tidak dihentikan oleh kerajaan Selangor.

“Sementara ini kita alih sedikit pasar tani ke kawasan baharu tetapi masih di perkarangan Stadium Shah Alam seperti mana yang diarahkan oleh pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM),” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Tani Seksyen 8 di sini semalam, Rosilawati berkata akses kepada pasar tani itu turut dimasukkan ke dalam pelan pembangunan semula KSSA.  

Pada Disember tahun lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kelulusan kebenaran merobohkan Stadium Shah Alam dan kerja-kerja perobohan akan dilaksanakan selepas pemaju memenuhi keperluan yang diwajibkan pihak berkuasa tempatan itu.

Proses perobohan Stadium Shah Alam dilapor melibatkan kos RM35.5 juta dengan pembinaan semula stadium berkapasiti 40,000 penonton itu dijangka siap pada hujung 2026, manakala pembangunan keseluruhan KSSA selesai menjelang akhir 2029.

Dalam pada itu, Rosilawati berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka sebanyak 14 pasar tani baharu tahun ini di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Selangor termasuk Pasar Tani Seksyen 8 yang beroperasi bermula Februari lalu.

Beliau berkata FAMA mensasarkan jualan hasil pasar tani di seluruh negara berjumlah RM300 juta tahun ini dan sehingga April lepas, sebanyak RM 91 juta telah terkumpul.

“Daripada jumlah itu, untuk Selangor sahaja kita telah capai jumlah jualan sebanyak RM17 juta daripada sasaran keseluruhan RM38 juta untuk tahun ini,” katanya. – 7 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related