◉ HEADLINES

14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Bagaimanapun kebakaran tersebut tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku

8:03 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari dan seramai 24 anggota termasuk pegawai telah digerakkan bagi mengawal kebakaran.

“Kebakaran melibatkan 14 kontena yang berukuran 40 kaki (12.2 meter) di lokasi kejadian. Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren.

“Antara kandungan dalam kontena berkenaan ialah kertas kraft tidak dilunturkan, mesin basuh, polimer vinil klorida, kayu pain serta peralatan aram-aram dan acuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran itu yang berjaya dikawal pada 2.39 petang tadi tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. – 8 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related