◉ HEADLINES

Nahas bas, treler Muadzam Shah: 3 termasuk guru maut

JBPM memaklumkan mangsa maut adalah penumpang dan pemandu bas

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lagi mangsa kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspres dan treler di Simpang 3 Keratong, Muadzam Shah, Pahang tengah malam tadi, dilaporkan meninggal dunia, menjadikan tiga maut setakat ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Nor Azman Yusof berkata, mangsa ketiga dikenal pasti sebagai seorang pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Awalnya, dua mangsa dalam bas dilaporkan meninggal dunia, iaitu guru wanita, Hasnatul Adilah Hassan, 48 dan pemandu kedua Mohd Adi Hasan, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Terdahulu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.31 tengah malam, sebelum anggota dari balai Muadzam Shah bergegas ke lokasi.

“Bas ini dilaporkan membawa 39 penumpang, termasuk pemandu.

“Kerja pembersihan lokasi kemalangan selesai dan pihak bomba sudah meneliti kawasan berkenaan.

“Semua mangsa sudah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Menurut kenyataan dikeluarkan JBPM, bas itu dalam perjalanan dari Melaka ke Terengganu membawa rombongan guru sekolah, sempena lawatan penanda aras.

“Rombongan dari Sekolah Jeram Masjid Tanah Melaka.

“Operasi menyelamat mangsa dijalankan bomba dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jempol, BBP Segamat dan BBP Chini, selain penggunaan sebuah jentera pemadam (FRT).

Terdahulu, video mengenai kejadian terbabit memaparkan bas itu terbabas ke ladang kelapa sawit di sisi jalan.

Beberapa mangsa kemalangan bergelimpangan di jalan dan meraung kesakitan, sambil ditenangkan serta dibantu orang awam.

Malah, barangan milik penumpang bas itu dilihat bertaburan di atas jalan.

Difahamkan, semua mangsa terlibat dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan selanjutnya. – 9 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related