◉ HEADLINES

TH beri komitmen kepada pasukan petugas khas polis tangani isu penipuan

TH akan menyalurkan segala maklumat yang diperlukan untuk proses siasatan yang dijalankan pihak berkuasa mengikut kuasa dan lunas undang-undang yang bersesuai

10:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata TH akan menyalurkan segala maklumat yang diperlukan untuk proses siasatan yang dijalankan pihak berkuasa mengikut kuasa dan lunas undang-undang yang bersesuai. 

“Matlamat Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu ini sebaik mungkin secara bersepadu, sekali gus membantu menghentikan kesalahan dan kes penipuan berkaitan urusan haji di negara ini secara tuntas,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Syed Hamadah menjelaskan isu berkaitan jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji dan kesalahan penggunaan visa boleh melibatkan pelanggaran peruntukan di bawah undang-undang berbeza dan di bawah bidang seliaan pihak berkuasa dan agensi yang berbeza.

Ini termasuklah TH, polis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan pihak berkuasa Arab Saudi, katanya. 

Pada 30 Mei lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan polis menubuhkan pasukan petugas khas itu, yang akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan tindakan selanjutnya diambil. 

Pasukan petugas khas yang berperanan menyiasat dan melakukan tindakan awal terhadap sebarang aduan berkaitan isu tersebut, supaya ia dapat ditangani dengan lebih efisien dan berkesan. – 9 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related