◉ HEADLINES

Nahas rombongan guru: Mangsa keempat meninggal dunia

Kata Ketua Polis Daerah Rompin, mangsa meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital (HTAA), Kuantan

11:27 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Seorang lagi mangsa terkorban dalam nahas di Jalan Kuantan – Segamat, Pahang awal pagi tadi, menjadikan angka maut meningkat kepada empat orang.

Ketua Polis Daerah Rompin, Nor Azman Yusof berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Dahlia Ahmad, 52.

“Mangsa meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital (HTAA) di Kuantan,” katanya kepada Bernama.

Selain Dahlia, tiga mangsa lain yang terkorban ialah Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang meninggal dunia di tempat kejadian, pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris, 29, yang maut ketika dalam perjalanan ke hospital Muadzam Shah dan Hamzah Ahmad, 60, pembantu operasi sekolah, maut ketika menerima rawatan di HTAA.

Dalam kejadian itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak-anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

10 penumpang bas masih dirawat di hospital. – 9 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related