◉ HEADLINES

Warga emas antara dua diberkas kes dera anak angkat 5 tahun hingga maut

Suspek dan seorang wanita berusia 27 tahun yang juga isterinya ditahan selepas polis menerima laporan daripada pihak hospital, malah pemeriksaan mendapati mangsa didera teruk, termasuk mengalami luka koyak serta lebam di vagina dan dubur

11:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua individu, termasuk seorang warga emas ditahan, bagi membantu siasatan kes kematian membabitkan anak angkat mereka yang berumur lima tahun akibat didera dalam kejadian di Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pasangan suami isteri itu yang masing-masing berumur 27 dan 66 tahun ditahan pada kira-kira jam 2.30 petang selepas polis menerima laporan kanak-kanak terbabit didera.

“Polis menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas mangsa dibawa ke situ dari Taman Malkop Silibin ke wad kecemasan Zon Merah untuk CPR, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa menunjukkan terdapat kesan lebam di seluruh anggota tubuhnya dan ia disyaki akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya menerusi kenyataan.

Abang Zainal berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul.

“Terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) dan dubur (anus) mangsa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdapat luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar (vagina) serta dubur (anus) mangsa, dan punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul. – Gambar Bernama, 11 Jun, 2024

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, polis ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Jalan Kledang Raya, Taman Malkop Silibin.

Beliau berkata, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh dan siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Katanya, polis turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu, tampil memberi keterangan mepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai bersabar dalam apa jua keadaan, selain tidak melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya. – 11 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related